قوا انفسكم واهليكم نار
Lelaki tak mudah masuk syurga sebab tanggungjawab terhadap keluarganya, adik perempuan dan lain-lain. Jika tak dijalankan tanggungjawab dengan benar. Maka akhirat, anak isteri, adik beradik perempuan, bakal menuntut segala pahala hingga tidak tersisa sedikitpun.
Besarnya tugas lelaki, lagi-lagi mereka yang sudah berkahwin. Wajib mngajarkan FARDHU AIN pada anak dan isteri seperti tauhid, feqah, dan tasawuf. Wajib keatas suami untuk belajar bab haid dan nifas supaya mampu diajar pada ahli keluarganya.
Wajib tegur jika isteri tidak menutup aurat dengan smpurna, mengumpat, segala yang dilarang ALLAH wajib ditegur.
Sedar tak kita, kasih sayang kita antara ahli keluarga didunia ini nikmat dan bahagia. Tapi tidak diakhirat kelak. Orang yang kita sayang didunia (ahli keluarga) boleh menjadi musuh kerana masing-masing saling menuntut sesama sendiri.
Wanita/isteri, tolak ansurlah dengan suami. Fahami suami. Kalau kita rasa tanggungjawab kita berat. Kaum lelaki lebih berat lagi. Bukan hanya mnanggung kita didunia. Bahkan diakhirat belum tentu mereka lepas. Jika sayang suami, ayah, atok kita. Jalankan perintah ALLAH dengan sempurna. Lagi-lagi bab aurat. Jangan ambil enteng.
Jangan membiasakan budaya kafir diserap ke benak anak-anak. Lebihkan ilmu agama pada mereka. Penyerapan yang pantas pada anak-anak adalah apa yang mereka lihat dan dengar!!
Wanita hanya sakit waktu melahirkan. Tetapi lelaki lebih sakit kerana diakhirat kelak bakal dituntut oleh ahli keluarganya. Pertama-tama yang akan menuntut adalah isteri dan anak-anak.
براك الله فيكم
Fb. Qalam Ilmu ✍️
Komentar
Posting Komentar